Thursday

Orienteering Asas



Tarikh: 29 September 2009
Tempat: Kelam Renang UiTM Malaysia
Masa: 5.15pm-6.30pm

Orienteering

  • adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudi arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan yang tertentu.
  • bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa, pandu arah dan acara mencari harta karun. Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan runag eksplorasi, cabaran dan risiko sendiri.
Jenis-jenis Orienteering
  1. Orienteering Merentas Desa
  2. Orienteering Bermarkah
  3. Orienteering Jalanraya
  4. Orienteering Bukit
  5. Orienteering Malam
  6. Orienteering Berganti-ganti
  7. Norwegian Event.
Terminologi & Alatan
  • Titik kawalan (control point)
  • Penanda kawalan ( control marke) (gambar)
  • Kad kawalan (control card) (gambar)
  • Peta utama
  • Landasan (course)
  • Kompas
Pada hari itu, kami telah melakukan aktiviti orienteering. En Muiz telah membahagikan kami kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diminta membuat landasan untuk orienteering. Selepas 15 minit, kami bertukar landasan untuk mencuba kemahiran kami setelah diberikan teori oleh En. Muiz. Lokasinya adalah sekitar kawasan kolam renang. Malangnya ada 1 kumpulan bermain tipu apabila kumpulanya tidak bertukar landasan dengan kumpulan yang lain dan akibatnya, En Muiz telah menolak markah kumpulan tersebut.

No comments: