Saturday

Ikhtiar Hidup





Tarikh: 6 Oktober 2009

Lokasi: Kolam Renang UiTM Malaysia

Masa: 5.15pm-7.00pm




Pada hari ini, En Muiz mengarahkan kami untuk memasak sarapan pagi ketika camping. Ini juga dinamakan ujian ikhtiar hidup. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan yang bermakna, 4 masakan yang menanti En Muiz. En Muiz membawa dapur gas seperti didalam gambar.

Kumpulan saya yang terdiri daripada saya dan Abdul Muhaimin. Kumpulan kami akan memasak 2 jenis sarapan, iaitu "Big McRoti Bakar" dan "Double Scramble Egg"..
"Big Mac Bakar"= resepinya ialah 3 keping roti, kaya "auntie rosie".
"Double Scramble Egg"= resepinya ialah 3 keping roti, 2 biji telor, sedikit bawang, dan sedikit perasa.

Setelah pelajar menyediakan semua sarapan pagi, En Muiz menjadi juri untuk merasa makanan yang telah disediakan. Kumpulan saya mendapat tempat ke3 dari 4 kumpulan.

Ceramah Kokurikulum: Sukan dari Perspekti Islam

Tarikh: 12 September 2009
Lokasi: Dewan Pusat Sukan
Masa: 10.30am-12.30pm

Ceramah ini disampaikan bertujuan untuk melihat sukan dari sudut agama Islam. Ceramah ini mengariskan mengenai panduan bersukan untuk orang Islam, batas-batas dalam bersukan dan juga mengariskan mengenai pentingnya aurat dalam sukan.

Ceramah Kokurikulum: Pengurusan Pertandingan

Tarikh: 5 September 2009
Tempat: Dewan Pusat Sukan
Masa: 10.30am-12.30pm

Ceramah diadakan di dewan pusat sukan. Penceramah ialah Pengarah Pusat Sukan UiTM Malaysia. Bertujuan untuk mengajar pelajar mengenai perkara yang perlu dilakukan untuk mengurus sesuatu pertandingan. Selain itu, beliau juga menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil seperti bajet, pengadil, peserta, undang-undang dan lain-lain serta masalah-masalah yang akan berlaku didalam sesuatu pertandingan.

Thursday

Orienteering Asas



Tarikh: 29 September 2009
Tempat: Kelam Renang UiTM Malaysia
Masa: 5.15pm-6.30pm

Orienteering

  • adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudi arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan yang tertentu.
  • bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa, pandu arah dan acara mencari harta karun. Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan runag eksplorasi, cabaran dan risiko sendiri.
Jenis-jenis Orienteering
  1. Orienteering Merentas Desa
  2. Orienteering Bermarkah
  3. Orienteering Jalanraya
  4. Orienteering Bukit
  5. Orienteering Malam
  6. Orienteering Berganti-ganti
  7. Norwegian Event.
Terminologi & Alatan
  • Titik kawalan (control point)
  • Penanda kawalan ( control marke) (gambar)
  • Kad kawalan (control card) (gambar)
  • Peta utama
  • Landasan (course)
  • Kompas
Pada hari itu, kami telah melakukan aktiviti orienteering. En Muiz telah membahagikan kami kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diminta membuat landasan untuk orienteering. Selepas 15 minit, kami bertukar landasan untuk mencuba kemahiran kami setelah diberikan teori oleh En. Muiz. Lokasinya adalah sekitar kawasan kolam renang. Malangnya ada 1 kumpulan bermain tipu apabila kumpulanya tidak bertukar landasan dengan kumpulan yang lain dan akibatnya, En Muiz telah menolak markah kumpulan tersebut.

Mari ber"abseiling"


GAMBA 1


GAMBA 2

GAMBA 3
Abseiling

Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Individu terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu sebagai langkah keselamatan , belayer akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan.

Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan. Patuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan jurulatih bertauliah.

Peralatan yang digunakan adalah seperti didalam gambar 3 dan gambar 1 dan 2 adalah ketika peserta memakai dan cuba untuk melakukan aktiviti abseiling tersebut. Antara peralatan yang digunakan ialah:
  1. Tali Carmantle dinamik
  2. Harness
  3. Sling
  4. Carabiner
  5. Figure of 8
  6. Helmet
  7. Glove
Untuk ketahui lebih lanjut, klik disini.


Mari berkayak!




  • Hari: Selasa
  • Tarikh: 4 Ogos 2009
  • Masa: 4.00 p.m - 6.00 p.m
  • Tempat: Tasik Shah Alam, Selangor.
Pada pelajaran kali ini, kami diminta hadir ke Tasik Shah Alam untuk membuat praktikal kayak... Sebelum ini kami hanya diajar mengenai teori kayak iaitu sejarah awl kayak, anatomi kayak dan juga jenis-jenis kayak...

Anatomi kayak.
  1. Toggle = sejenis tali untuk mengangkat kayak, letaknya dihujung depan(Bow) dan Belakang(Stern)
  2. Cockpit = ruang tempat duduk
  3. Seat = tempat duduk dalam kokpit
  4. Coaming = bahagian tepi kecil dan mengelilingi berfungsi untuk menahan air daripada masuk kedalam kayak.
  5. Buoyancy = bahan apung yang terletak pada "bow" dan "stern". berfungsi untuk menglak kayak daripda mudah terbalik dan tenggelam.
Jenis-jenis Kayak
  1. kayak laut
  2. kayak sungai (whitewater)
  3. kayak luncur ombak
  4. kayak polo
  5. kayak lumba
Sebelum kami turun kedalam air untuk berkayak, en muiz meminta kumpulan untuk menerangkan kembali mengenai teori yang telah dipelajari sebelum ini. selepas it, kami memakai jaket keselamatan dan mengambil "pedal" dan berlatih "berkayuh" menggunakan "pedal" tersebut. En muiz mengarahkan kami untuk berpusing 1 tasik shah alam dan kami juga amat bernasib baik kerana bertemu dengan pasukan kayak UiTM Malaysia yang kebetulan menjalani latihan di tempat yang sama. kami juga dapat menimba sedikit ilmu seta pengalaman yang baru dari pasukan kayak UiTM.

Saturday

PENGENALAN REKREASI DAN KESENGGANGAN
a) Definisi Rekreasi
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan .
Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii) Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan


b) Jenis Rekreasi
i) Rekreasi fizikal – cth : berbasikal
ii) Rekreasi sukan – cth : bola sepak, bola jaring
iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka
iv) Rekreasi mental/linguistik – memanah, debat
v) Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik – J-robik, senamrobik
ii) Gerak tari – yoga, tai chi
iii) Drama - teater, pantomi

c) Definisi Kesenggangan
Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu

DEFINISI & JENIS KESENGGANGAN
i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang

KONSEP REKREASI DAN KESENGGANGAN
a) KONSEP REKREASI
Antara konsep-konsep rekreasi :
Kepuasan kendiri (personal filfillment)
i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika
iii) Hubungan manusia yang demokratik
iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan

b) KONSEP KESENGGANGAN
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i)Senggang sebagai keseronokan
ii)Senggang sebagai kerja
iii)Senggang sebagai aktiviti
iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v)Keseronokan dan kepuasan
vi)Kesukarelaan
vii)Konstruktif

c) PERKHIDMATAN REKREASI DAN KESENGGANGAN DARI PERSPEKTIF
i)Luar bandar
ii)Bandar
iii)Populasi istimewa
iv)Pembangunan program rekreasi dan kesenggangan di Malaysia
v)Organisasi dan pertubuhan rekreasi dan kesenggangan di Malaysia