Thursday

Mari berkayak!




  • Hari: Selasa
  • Tarikh: 4 Ogos 2009
  • Masa: 4.00 p.m - 6.00 p.m
  • Tempat: Tasik Shah Alam, Selangor.
Pada pelajaran kali ini, kami diminta hadir ke Tasik Shah Alam untuk membuat praktikal kayak... Sebelum ini kami hanya diajar mengenai teori kayak iaitu sejarah awl kayak, anatomi kayak dan juga jenis-jenis kayak...

Anatomi kayak.
  1. Toggle = sejenis tali untuk mengangkat kayak, letaknya dihujung depan(Bow) dan Belakang(Stern)
  2. Cockpit = ruang tempat duduk
  3. Seat = tempat duduk dalam kokpit
  4. Coaming = bahagian tepi kecil dan mengelilingi berfungsi untuk menahan air daripada masuk kedalam kayak.
  5. Buoyancy = bahan apung yang terletak pada "bow" dan "stern". berfungsi untuk menglak kayak daripda mudah terbalik dan tenggelam.
Jenis-jenis Kayak
  1. kayak laut
  2. kayak sungai (whitewater)
  3. kayak luncur ombak
  4. kayak polo
  5. kayak lumba
Sebelum kami turun kedalam air untuk berkayak, en muiz meminta kumpulan untuk menerangkan kembali mengenai teori yang telah dipelajari sebelum ini. selepas it, kami memakai jaket keselamatan dan mengambil "pedal" dan berlatih "berkayuh" menggunakan "pedal" tersebut. En muiz mengarahkan kami untuk berpusing 1 tasik shah alam dan kami juga amat bernasib baik kerana bertemu dengan pasukan kayak UiTM Malaysia yang kebetulan menjalani latihan di tempat yang sama. kami juga dapat menimba sedikit ilmu seta pengalaman yang baru dari pasukan kayak UiTM.