Saturday

PENGENALAN REKREASI DAN KESENGGANGAN
a) Definisi Rekreasi
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan .
Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii) Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan


b) Jenis Rekreasi
i) Rekreasi fizikal – cth : berbasikal
ii) Rekreasi sukan – cth : bola sepak, bola jaring
iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka
iv) Rekreasi mental/linguistik – memanah, debat
v) Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik – J-robik, senamrobik
ii) Gerak tari – yoga, tai chi
iii) Drama - teater, pantomi

c) Definisi Kesenggangan
Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu

DEFINISI & JENIS KESENGGANGAN
i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang

KONSEP REKREASI DAN KESENGGANGAN
a) KONSEP REKREASI
Antara konsep-konsep rekreasi :
Kepuasan kendiri (personal filfillment)
i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika
iii) Hubungan manusia yang demokratik
iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan

b) KONSEP KESENGGANGAN
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i)Senggang sebagai keseronokan
ii)Senggang sebagai kerja
iii)Senggang sebagai aktiviti
iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v)Keseronokan dan kepuasan
vi)Kesukarelaan
vii)Konstruktif

c) PERKHIDMATAN REKREASI DAN KESENGGANGAN DARI PERSPEKTIF
i)Luar bandar
ii)Bandar
iii)Populasi istimewa
iv)Pembangunan program rekreasi dan kesenggangan di Malaysia
v)Organisasi dan pertubuhan rekreasi dan kesenggangan di Malaysia