Thursday

Mari ber"abseiling"


GAMBA 1


GAMBA 2

GAMBA 3
Abseiling

Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Individu terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu sebagai langkah keselamatan , belayer akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan.

Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan. Patuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan jurulatih bertauliah.

Peralatan yang digunakan adalah seperti didalam gambar 3 dan gambar 1 dan 2 adalah ketika peserta memakai dan cuba untuk melakukan aktiviti abseiling tersebut. Antara peralatan yang digunakan ialah:
  1. Tali Carmantle dinamik
  2. Harness
  3. Sling
  4. Carabiner
  5. Figure of 8
  6. Helmet
  7. Glove
Untuk ketahui lebih lanjut, klik disini.


No comments: